Thursday, November 17, 2011

PETUGAS SUKARELA DAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DIPERLUKAN

Anda sedia maklum bahawa musim hujan sudah bermula dan kami PRAP Rescue sedang membuat persiapan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir khususnya di Perlis dan Kelantan. Beberapa mesyuarat perlaksanaan persediaan bencana banjir sedang dilakukan dan kami memohon kepada sesiapa warga PRAP atau sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan untuk tampil kehadapan. Kami juga memohon kepada mereka yang ingin bertugas secara sukarela selama 3 hari di lokasi kejadian.

Butiran adalah seperti dibawah:

Bentuk bantuan yang diperlukan: Sumbangan makan dan minum, pakaian, keperluan asas, sumbangan kewangan.



Bagi petugas sukarela dilokasi:

Bantuan "First Aid", Petugas Logistik dan petugas bantuan lain.
Kami akan mendirikan base station di lokasi dan akan bekerjasama dengan beberapa agensi terlibat.

Tarikh: Akan diberitahu secepat mungkin
Tempat: PERLIS & KELANTAN
Pengangkutan: Kenderaan disediakan (Minyak Tol: Perlu sumbangan dari peserta)
Tempat tinggal: Khemah 

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan sila hubungi En Shah 0142611553 untuk info lanjut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.