Thursday, November 17, 2011

PETUGAS SUKARELA DAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DIPERLUKAN

Anda sedia maklum bahawa musim hujan sudah bermula dan kami PRAP Rescue sedang membuat persiapan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir khususnya di Perlis dan Kelantan. Beberapa mesyuarat perlaksanaan persediaan bencana banjir sedang dilakukan dan kami memohon kepada sesiapa warga PRAP atau sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan untuk tampil kehadapan. Kami juga memohon kepada mereka yang ingin bertugas secara sukarela selama 3 hari di lokasi kejadian.

Butiran adalah seperti dibawah:

Bentuk bantuan yang diperlukan: Sumbangan makan dan minum, pakaian, keperluan asas, sumbangan kewangan.



Bagi petugas sukarela dilokasi:

Bantuan "First Aid", Petugas Logistik dan petugas bantuan lain.
Kami akan mendirikan base station di lokasi dan akan bekerjasama dengan beberapa agensi terlibat.

Tarikh: Akan diberitahu secepat mungkin
Tempat: PERLIS & KELANTAN
Pengangkutan: Kenderaan disediakan (Minyak Tol: Perlu sumbangan dari peserta)
Tempat tinggal: Khemah 

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan sila hubungi En Shah 0142611553 untuk info lanjut.

Wednesday, October 19, 2011

Kelas Pembelajaran RAE 2011-2

Date: 27th November 2011 (Sunday)
Time: 9.00am
Duration: 6 Hours
Location: Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor

What To bring?
Pen, pencil & note book... and not to forget a fotocopy of your Exam Confirmation Letter from SKMM.

To register the class.. please sms your name and your Exam Code to 0142611553before 15th November 2011

You will be given notes and samples of exams questions.

Thank You

The Management of RVEMT

Wednesday, October 12, 2011

EyEBall RVEMT @ Puchong

Satu perjumpaan @ eyeball akan diadakan bagi semua warga RVEMT dan juga dijemput hadir semua rakan2 radio amatur kemajlis ini. Maklumat adalah seerti dibawah:

Tarikh: 14hb Okt 2011 (Jumaat)
Masa: 9.00pm sehingga mata lebam
Tempat: Restoran Baraketh, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor D.E.
Standby Channel: V40

Agenda:
Sesi berkenalan sesama rakan
Sesi pendaftaran ahli baru

 Sila hubungi pihak pengurusan untuk maklumat lanjut.

Monday, October 3, 2011

RAE 2011-2


Tarikh dan Masa Peperiksaan / Ujian
15 Dec 2011 (Khamis)
Jam 2:00 Ptg

Tarikh Buka Permohonan 30 Sep 2011
Tarikh Tutup Permohonan 28 Oct 2011, Jam 5:00 Ptg
Borang Disini

Sunday, August 28, 2011

JALUR AMATUR RV EMT

Makluman kepada semua ahli RV EMT, kami kini sedang menaik taraf penggunaan jalur bagi sistem komunikasi kami dan juga ahli dari "Simplex" ke mod "Repeater VHF Amatur". Buat masa ini sistem repeater telah dilaksanakan dan sedang diujikaji bagi memantapkan lagi pengoperasiannya.
Ahli boleh menggunakan jaluran ini dengan menggunakan callsign amatur anda dan bagi semua ahli RV EMT yang tiada callsign amatur maka bolehlah menggunakan SWL sebagai awalan callsign dan diikuti dengan callsign yang telah didaftarkan semasa permohonan menjadi ahli dahulu. Sebagai contoh : SWLXXX. Kami juga bercadang akan memberi latihan kepada ahli SWL dalam menggunakan SOP yang betul dan juga kami akan menyarankan agar semua ahli SWL agar mengambil peperiksaan RAE.

Notifikasi akan diedarkan kepada semua ahli melalui email dan diharap agar semua ahli faham dengan maklumat yang diberikan.

Tujuan kami menggunakan jalur amatur dan bukan jalur komersial adalah untuk memudahkan semua pihak.


Harap Maklum


Terima Kasih

Pihak Pengurusan
RV EMT